CGTN: Pembangunan Xizang merupakan kisah transformasi dan pembaharuan
BEIJING, Aug. 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kisah Wilayah Autonomi Xizang hari ini tidak dapat dipisahkan daripada sejarahnya. Transformasi menyeluruh, daya tahan dan pembaharuan yang dapat dilihat hari ini jelas memperlihatkan perbezaan ketara daripada sejarah kelam sistem hamba abdi. Ia membuktikan kekuatan pembangunan yang dipandu oleh tadbir urus berteraskan rakyat.
Dalam satu mesyuarat peringkat tinggi selama dua hari, Presiden China Xi Jinping pernah menyeru agar usaha digiatkan untuk menjamin keselamatan negara, mengekalkan keamanan berpanjangan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memelihara alam sekitar serta memperkukuh pertahanan dan keselamatan sempadan di Xizang. Sebagai sebahagian yang tidak terpisahkan daripada China, Xizang kekal menjadi keutamaan Kerajaan Pusat.
Selama berabad-abad, rakyat biasa di Tibet hidup di bawah tekanan sistem teokrasi feudal yang menindas. Kira-kira 95 peratus daripada penduduknya diperhambakan sebagai hamba tani, dirampas hak mereka terhadap tanah, pendidikan dan maruah. Sistem lama ini mengekalkan keistimewaan golongan elit tertentu, sambil menghukum majoriti rakyat kepada kemiskinan dan ketidakberdayaan. Penubuhan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Autonomi Xizang menandakan satu titik perubahan yang jelas daripada masa silam. Rakyat Xizang beralih daripada menjadi hamba abdi yang tertindas kepada warganegara yang menetukan nasib mereka sendiri.
Sistem autonomi etnik wilayah menjamin bahawa setiap kumpulan etnik berhak menentukan hal ehwal mereka sendiri. Sehingga tahun 2025, Xizang mempunyai sebanyak 42,153 orang wakil ke Kongres Rakyat Kebangsaan di pelbagai peringkat, dengan etnik minoriti merangkumi 89.2 peratus daripada keseluruhan wakil kongres rakyat tempatan. Lebih daripada 57.17 peratus pemimpin parti dan kerajaan di peringkat mukim terdiri daripada etnik minoriti. Di peringkat akar umbi pula, kadar penyertaan pengundi melebihi 90 peratus.
Ekonomi wilayah tersebut pula berkembang pesat. KDNK wilayah melonjak daripada hanya 174 juta yuan (sekitar $24.3 juta) pada 1959 kepada lebih 276 bilion yuan (sekitar $38.5 bilion) pada 2024. Pendapatan boleh guna per kapita mencecah lebih 31,000 yuan (sekitar $4,300), manakala kemiskinan mutlak – yang dahulunya menjadi ciri utama kehidupan di dataran tinggi – telah dihapuskan menjelang tahun 2019, membebaskan 628,000 individu berdaftar daripada belenggu kemiskinan. Hari ini, penduduk menikmati kualiti hidup yang semakin meningkat, dengan jangka hayat purata melonjak daripada 35.5 tahun pada 1951 kepada 72.5 tahun pada 2024, mencapai tahap tertinggi dalam sejarah.
Pendidikan dan penjagaan kesihatan merupakan tonggak kemajuan sosial. Peratusan pelajar yang menamatkan pendidikan wajib sembilan tahun telah meningkat daripada 2 peratus kepada sekitar 98 peratus, manakala kadar kemasukan ke pendidikan tinggi kini melebihi 57 peratus. Sejak tahun 2015, program bantuan perubatan telah membolehkan rawatan bagi lebih 400 jenis penyakit utama dijalankan di peringkat tempatan. Qu Dian, seorang penduduk Lhasa berusia 72 tahun, menerima perlindungan insurans melebihi 90 peratus bagi kos pembedahan jantungnya. "Tidak terbayang sama sekali perkara sebegini dapat berlaku dalam masyarakat dulu," kata beliau.
Kisah Xizang juga adalah kisah tentang keterbukaan. Hubungan perdagangan kini merangkumi 140 negara dan wilayah, manakala sektor pelancongan telah menarik 64 juta pelawat dan menjana 75 bilion yuan pada tahun 2024. Produk tempatan seperti cordyceps (sejenis kulat yang digunakan berabad lamanya dalam Perubatan Tradisional Cina) dan bulu yak kini menembusi pasaran global, sementara penduduk mendapat akses lebih mudah kepada barangan antarabangsa berbanding sebelum ini.
Ia ibarat kelahiran semula bagi wilayah tersebut. Transformasi yang dialami Xizang tidak dapat dipisahkan daripada sejarah penderitaan yang menjadi titik permulaan. Daripada hidup dalam penindasan dan dipinggirkan, Xizang kini bangkit sebagai wilayah yang mengurus hal ehwal sendiri dan menikmati kemakmuran. Perjalanan transformasi selama berdekad-dekad telah membawa Xizang ke tahap yang dahulu hanya mampu diimpikan oleh generasi masa lalu. Dataran tinggi bersalji itu kini mekar sebagai tanah peluang dan hadapan—satu pencapaian yang bukan sahaja dimiliki rakyat Xizang, tetapi juga bukti keutuhan visi pembangunan yang menempatkan kesejahteraan manusia di pusatnya.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f8d27bcf-e16e-424e-9b08-84d319f4afc0

Hubungi: CGTN Digital E-mel: cgtn@cgtn.com
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
